Malaysia Oversight

‘Siasatan ke atas Umany bercanggah perlembagaan’

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
‘Siasatan ke atas Umany bercanggah perlembagaan’


Perbezaan pandangan dan pertukaran hujah dalam wacana awam bukanlah alasan untuk siasatan jenayah, tegas Lawyers for Liberty (LFL) hari ini, susulan siasatan polis terhadap Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany).

Dalam kenyataan hari ini, LFL mengecam siasatan yang hanya bersandarkan alasan kononnya sistem pendidikan negara itu digambarkan secara negatif.

Pengarah LFL, Zaid Malek berkata kenyataan Umany yang menggesa pemansuhan sistem matrikulasi dan menggunakan keputusan STPM sebagai penanda aras tunggal kemasukan ke universiti awam tidak seharusnya dijadikan asas siasatan jenayah.

9b7feb133559dc3589ed8c09facd61fd
Zaid Malek

Dia menyifatkan siasatan polis berhubung perkara itu sebagai “keterlaluan, tidak sah dan penyalahgunaan kuasa polis.”

Kenyataan Presiden Umany, Tang Zi Ye pada 12 Sept lalu menerima kecaman daripada Bersatu dan , sehingga membawa kepada permohonan maaf oleh Umany. Persatuan itu juga menegaskan cadangan pelaksanaan “sistem peperiksaan bersepadu” tiada kaitan dengan isu perkauman, sebaliknya berpaksikan keperluan mewujudkan proses kemasukan universiti yang lebih adil dan telus.

“Bagaimana ini boleh menjadi kesalahan? Hanya pemerintahan diktator yang membungkam kritikan terhadap dasar .

“Tiada salahnya, apatah lagi jenayah, untuk mana-mana pihak terlibat dalam wacana awam mengenai pentadbiran sistem pendidikan, yang jelas merupakan isu kepentingan umum. Perbincangan ini sememangnya dilindungi oleh Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan berpendapat.

89047095d52bf39279c0aa62bc8c7dc7
Tang Zi Ye

“Adalah tidak masuk akal untuk menyandarkan siasatan ini atas alasan mencetuskan ‘ketidakpuasan awam’ atau ‘kebimbangan awam’. Apakah ukuran yang digunakan untuk mengesahkan perkara ini? Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam wacana awam, dan sama sekali tidak boleh dijadikan asas siasatan jenayah; apatah lagi jika ia berkaitan dasar awam.

“Alasan dangkal sebegini hanya akan memberikan kuasa mutlak kepada pihak berkuasa untuk menutup sebarang perbincangan awam, sekali gus menafikan hak kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan,” kata LFL.

Zaid juga mengingatkan pihak berkuasa bahawa orang awam berhak mengkritik sistem pendidikan atau aspek lain pentadbiran , kerana itu adalah asas kepada demokrasi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, mengesahkan lima laporan polis dibuat terhadap kenyataan persatuan mahasiswa itu. Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

80baca92cce106834860a64d0839bba1
M Kumar

‘Kenapa tiada siasatan terhadap gesaan hapus sekolah vernakular?’

Zaid turut mengingatkan pihak berkuasa bahawa berulang kali menggesa pemansuhan sekolah vernakular, namun tidak berdepan sebarang tindakan seperti yang berlaku terhadap Umany.

Dia seteusnya mempersoalkan sikap ‘double standard’ dalam isu ini dan menyifatkan siasatan terhadap Umany sebagai satu lawak.

“Apakah hanya mereka dari perpaduan sahaja yang dibenarkan bersuara? Penganiayaan terpilih ini jelas apabila dibandingkan dengan siasatan mengarut terhadap Umany.

9c9ce6049dd06cb0fc4a0ae0d3798861

“Sistem pendidikan negara adalah isu yang menyentuh semua pihak, maka semua juga berhak terlibat dalam perbincangan itu. Kerajaan tidak boleh memilih siapa yang dibenarkan bersuara, kerana kebebasan bersuara dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Zaid turut menggesa agar semua siasatan terhadap Umany dihentikan dan pihak polis diberikan “pendidikan mengenai konsep undang-undang paling asas” bahawa kebebasan bersuara adalah hak perlembagaan.



Source link