Malaysia Oversight

Siasat Anwar kerana sebar berita palsu, bukan Muhyiddin

By MkiniBM in August 8, 2025 – Reading time 2 minute
Siasat Anwar kerana sebar berita palsu, bukan Muhyiddin


Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memanggil presiden partinya, Yassin, berhubung kenyataan berkaitan subsidi minyak.

Tun Faisal menegaskan bahawa , yang juga Pengerusi PN, merupakan mangsa dan bukannya saksi dalam isu berkenaan.

Sebaliknya katanya, individu yang patut disiasat ialah Perdana Menteri, Ibrahim kerana menyebarkan berita palsu.

bukan saksi tapi mangsa. Ibrahim adalah orang yang disyaki/suspek penyampai dan penyebar berita palsu/ penipuan.

“Selain penyampai berita palsu, juga adalah saksi yang bertanggungjawab untuk memberi maklumat kepada SKMM mengenai sumber manakah yang mengeluarkan berita palsu tersebut. Itukan sumber ‘homework’ dia?” kata pemimpin pembangkang itu menerusi satu hantaran di Facebook.

d01c9c89d153eb6a0711647219289181

Semalam, MCMC memaklumkan bahawa Muhyiddin disiasat sebagai saksi dan bukannya suspek dalam usaha suruhanjaya itu mengesahkan fakta berkaitan kes berkenaan.

Siasatan itu dijalankan atas arahan perdana menteri, dan Pejabat Perdana Menteri turut mengambil maklum penafian Muhyiddin berhubung dakwaan bahawa dia mempertahankan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Penafian Muhyiddin dibuat susulan kenyataan Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, di mana Anwar mendakwa Muhyiddin pernah mempersoalkan keputusan untuk tidak memberikan subsidi petrol kepada warga asing.

Kenyataan itu dibuat Anwar sebagai respons terhadap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, yang meminta perdana menteri menamakan pemimpin pembangkang yang menyokong pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Sementara itu, Ahli Parlimen , Ahmad Fadhli Shaari, menyifatkan tindakan Anwar mengarahkan MCMC melakukan siasatan terhadap Muhyiddin sebagai satu penyalahgunaan kuasa eksekutif yang serius dan melibatkan campur tangan politik terhadap sebuah badan penguatkuasaan yang sepatutnya bertindak secara bebas.



Source link