Malaysia Oversight

“Siapakah yang masih percaya PKR parti reformasi?’

By MkiniBM in July 16, 2025 – Reading time 2 minute
"Siapakah yang masih percaya PKR parti reformasi?'


menggesa rakyat diberi ruang untuk bersuara di tempat yang dirasakan wajar dan bukannya “dihalang” daripada berhimpun secara aman.

Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari, juga berpendapat kini takut kepada suara rakyat yang mahu menyanggah sesuatu isu.

Merujuk kepada rancangan Pemuda mengadakan himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, Ahmad Fadhli berkata kawasan awam itu tidak sepatutnya ditutup kepada para peserta protes.

mahu supaya Dataran Merdeka dihalang daripada dilaksanakan himpuan Turun .

“Kenapa takut benar dengan suara rakyat? Beri sahajalah ruang untuk rakyat bersuara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, FMT melaporkan Putrajaya membuat laporan polis terhadap portal berita dalam talian PAS – Harakahdaily – berhubung artikel yang didakwa berunsur hasutan kerana mempromosikan protes terhadap perdana menteri.

Dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Timbalan Ketua Putrajaya, Shariff Jeev, mendakwa kandungan artikel berkenaan berunsur hasutan yang boleh menghasut orang ramai.

“Kami menggesa pihak polis menyiasat artikel dan perhimpunan yang dirancang itu di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan (kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) atau mana-mana undang-undang yang bersesuaian,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mahu pihak berkuasa menghalang perhimpunan tersebut daripada diteruskan, Shariff berkata, ia boleh diteruskan sekiranya diadakan dengan cara yang sesuai.

Bagaimanapun, Shariff mendakwa protes berkenaan berpotensi menjadi ancaman kepada keamanan dan sistem demokrasi berparlimen.

“Setakat ini, sebanyak 52 laporan polis dibuat di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Hari ini sahaja enam laporan dibuat,” katanya.

Mengulas lanjut reaksi daripada PKR, Ahmad Fadhli melontarkan persoalan: “Hakikatnya, siapakah yang masih percaya PKR parti reformasi?”

Untuk rekod Bersatu turut menggerakkan ahli parti berkenaan untuk menyertai himpunan tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dalam kenyataannya berkata kerahan akan dibuat pada semua peringkat kepimpinan untuk berhimpun secara aman “demi perjuangan membebaskan rakyat daripada kezaliman dan menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara.

Empat lokasi berkumpul ditetapkan untuk peserta sebelum mereka bergerak ke Dataran Merdeka iaitu kawasan berhadapan Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni.



Source link