Malaysia Oversight

Siapa MB baharu Perlis, majlis angkat sumpah dijangka tengah hari ini

By Utusan in December 28, 2025 – Reading time 2 minute
Siapa MB baharu Perlis, majlis angkat sumpah dijangka tengah hari ini


KANGAR: Majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis yang baharu dijadual berlangsung di Istana Arau tengah hari ini.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan siapa pemimpin yang akan mengangkat sumpah jawatan tersebut yang akan dilakukan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri () Santan, Muhammad Azmir Azizan merangkap Exco kanan negeri antara nama disebut-sebut dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar dari menggantikan Mohd. Shukri Ramli.

Muhammad Azmir terutamanya dikatakan antara calon terkuat dari serta mendapat dukungan pusat sebagai calon Menteri Besar yang dipersembahkan kepada Raja Perlis.

Beliau berusia 45 tahun yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar Mesir adalah pemimpin dalam kalangan ulama di dalam Pas dan ketika ini turut berperanan sebagai Exco agama.

Manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan tiga nama iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi) dan Megat Hashirat Hassan (Pauh).

Abu Bakar dilihat menjadi antara pilihan berikutan prestasinya yang baik sebagai Exco dan wakil rakyat di Kuala Perlis selain mempunyai kedudukan yang kukuh di dalam Bersatu dan PN.

Khamis lalu, Mohd. Shukri mengumumkan melepaskan jawatan selepas mempersembahkan hasrat itu kepada Raja Perlis.

Ia susulan tindakan tiga Pas bersama lima yang lain dari Bersatu yang didakwa telah bertemu Raja Perlis bagi menyerahkan akuan berkanun (SD) menyatakan penolakan sokongan terhadap Mohd. Shukri.-UTUSAN





Source link