Malaysia Oversight

Shukri Ramli letak jawatan MB Perlis

By Utusan in December 25, 2025 – Reading time 1 minute
MB Perlis dikejarkan hospital selepas mengadu sakit dada, keadaan dilapor stabil


PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya atas faktor kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media sebentar tadi.

“Pertamanya nak maklumkan bahawa saya diperkenan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku tengah hari tadi dan telah menyatakan hasrat saya meletak jawatan sebagai menteri besar atas faktor kesihatan saya, seperti mana yang kita tahu tak berapa mengizinkan.

“Saya telah menyembah surat peletakan jawatan, jadi sehubungan itu saya nak merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pentadbiran Perlis telah memberi kerjasama yang cukup erat kepada saya dan sahabat dalam pentadbiran,” katanya.-UTUSAN

Berita lanjut menyusul kemudian





Source link