Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Shuhaily Zain akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baru, berkuat kuasa 1 Julai ini.
Menurut laporan The Star hari ini, Shuhaily akan berkhidmat di AKPS selama dua tahun, iaitu sehingga 30 Jun 2027.
Ketua Polis Johor, M Kumar pula dilantik untuk menggantikan Shuhaily di Bukit Aman, namun tarikh rasmi dia memulakan tugas belum dipastikan.
Shuhaily mengesahkan perkara itu kepada The Star namun enggan mengulas lanjut dan meminta media menunggu majlis serah tugas yang dijadualkan pada 30 Jun ini.