Malaysia Oversight

Shopee Meningkatkan Yuran Komisen Untuk Penjual Di Luar Program “Cashback”

By Amanz in November 1, 2025 – Reading time 1 minute
Shopee Meningkatkan Yuran Komisen Untuk Penjual Di Luar Program “Cashback”


Shopee Meningkatkan Yuran Komisen Untuk Penjual Di Luar Program “Cashback”

November 1, 2025
Niaga

Aman

Selain Lazada, Shopee kini turut meningkatkan yuran komisen kepada para penjual tempatan, berkuat-kuasa 1 November 2025. Perubahan ini hanya untuk penjual yang menjual melalui Shopee, dan juga Shopee Mall.

Dibawah perubahan caj yuran baharu ini, Shopee meningkatkan sekitar 1% berbanding yuran komisen sebelum ini. Perubahan ini melibatkan penjual dibawah pelbagai kategori, termasuk elektronik, fesyen, FMCG dan gaya hidup.

Shopee Marketplace Yuran
Shopee Mall Yuran November 2025

Walaubagaimanapun, bagi penjual yang menyertai “Cashback Programme”, caj yuran komisen adalah sama seperti sebelumnya.

Shopee turut mengatakan yuran ini akan dikenakan terhadap penjual yang telah bersama Shopee selama lebih 120 hari atau telah menjual lebih 100 tempahan (yang mana lebih awal). Bagi penjual sedia ada, boleh merujuk ke laman bantuan Shopee Malaysia dalam mengetahui lebih lanjut berkenaan perubahan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link