Malaysia Oversight

Shopee Kini Menawarkan Sokongan Pelaburan Melalui ShopeePay Invest

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Shopee Kini Menawarkan Sokongan Pelaburan Melalui ShopeePay Invest


Shopee Kini Menawarkan Sokongan Pelaburan Melalui ShopeePay Invest

October 21, 2025
Kewangan

Aman

Shopee kini dilihat mengemaskini aplikasi ShopeePay, dan telah menambah sebuah ciri baharu, iaitu ShopeePay Invest. Melaluinya, ia memfokuskan kepada sokongan pelaburan dengan pulangan atas pelaburan.

ShopeePay Invest Android

ShopeePay Invest membolehkan pengguna melakukan pelaburan pada dana serendah RM10, dan mengatakan platform mereka mempunyai perakuan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

ShopeePay Invest menawarkan sejumlah pilihan dana pelaburan patuh syariah melalui aplikasi, dengan kadar pulangan berbeza. Pengguna boleh melihat peratusan pulangan mengikut latar masa, dan seterusnya memilih untuk membuat pelaburan pada dana yang menjadi pilihan pengguna. Shopee dilihat bekerjasama dengan iFAST Capital untuk penawaran ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak ciri ini melalui aplikasi ShopeePay hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link