Shamsul Iskandar Md Akin hari ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Dalam kenyataan di media sosial, Shamsul berkata ada percubaan untuk menyerangnya “dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani”.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.
“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya lagi.
[Berita lanjut menyusul]






