Malaysia Oversight

Shahidan umum jawatankuasa Badan Perhubungan PN Perlis baharu

By Utusan in November 8, 2025 – Reading time 2 minute
Shahidan umum jawatankuasa Badan Perhubungan PN Perlis baharu


KANGAR: Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) Perlis diketuai Pengerusi yang baharu, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam, mengumumkan pelantikan jawatankuasa baharu badan perhubungan gabungan berkenaan.

Jawatan Timbalan Pengerusi PN Perlis kekal disandang oleh Abu Bakar Hamzah merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri manakala Timbalan Pengerusi II pula disandang Saad Seman yang juga Pesuruhjaya kawasan Padang Besar.

Setiausaha PN negeri disandang oleh Timbalan Yang Dipertua kawasan Kangar, Jamil Khamis manakala bagi jawatan Bendahari PN Perlis kekal disandang Izizam Ibrahim.

Ketua Penerangan PN negeri pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri () Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim dan Yang Dipertua kawasan Arau, Solahudin Azmi dilantik sebagai
Pengarah Pilihan Raya PN Perlis.

Jawatan Ketua Pemuda PN Perlis disandang Haziq Asyraf Dun merangkap Ketua Pemuda Pas negeri manakala Ketua Wanita PN negeri, disandang oleh Marzita Mansor yang juga Sena dari Bersatu.

Ahli Jawatankuasa yang dilantik pula terdiri daripada Yang Dipertua Pas kawasan Kangar, Yussaine Yahya; Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Husna Hashim; Syaril Yaacob dan Wan Zaidil Afhtar Ishak dari Bersatu serta beberapa lagi pemimpin dari Pas serta Bersatu.

Di peringkat bahagian, Pengerusi PN Padang Besar disandang Saad dan timbalannya, Izizam.

Di Kangar, pengerusi disandang Abu Bakar dan timbalan, Yussaine serta di Arau, pengerusi, Solahudin dan timbalan, Wan Zaidil.

Shahidan berkata, semua wakil rakyat pula dilantik sebagai ex-officio sama ada peringkat perhubungan dan kawasan masing-masing.

“Semua wakil rakyat ini akan ada dalam perhubungan dan kita akan hadapi PRN16 dalam keadaan berhemah, gagah dan hebat,” katanya.-UTUSAN





Source link