Malaysia Oversight

Shafie tolak politik rundingan di Sabah

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 3 minute
Shafie tolak politik rundingan di Sabah



Langkah Warisan untuk bertanding secara solo bukanlah keberanian kosong, sebaliknya ia adalah respons Shafie Apdal terhadap budaya politik Sabah, di mana sogokan berleluasa demi kepentingan peribadi sehingga menjejaskan kestabilan.

Presiden Warisan itu cukup tahu mengenainya, setelah melalui pengalaman dalam pakatan yang rapuh dan pengkhianatan oleh kumpulan politik, termasuk orangnya sendiri.

Shafie juga sedar kebanyakan parti besar kini membentuk gabungan kerana menjangkakan tiada pihak yang akan menang secaara sendiri dalam pilihan raya.

Namun, anggota Parlimen Semporna itu tetap bertegas Warisan perlu berdiri sendiri.

“Bagi saya, bila saya lihat, kita kena jelas dalam fikiran kita. Biarlah kita jadi pilihan. Dan satu-satunya pilihan untuk rakyat Sabah.

“Hanya bila tiba masanya, selepas pilihan raya, suasana akan berbeza. Tapi saya tidak boleh beri ruang untuk orang buat spekulasi, penghakiman…Sebab kita di sini bukan kerana tamak. Kita kena selesaikan keperluan rakyat sekarang,” katanya.

Dia ditemui beberapa wartawan di kediamannya di Kota Kinabalu selepas menerima kunjungan kaunselor politik Kedutaan AS, Chris Carver, pada Isnin lalu.

Pengajaran 2018 dan 2020

Kegusaran keadaan DUN tergantung dan pengkhianatan yang menyusulinya mempengaruhi pendirian Shafie.

Pada 2018, pilihan raya negeri berakhir dengan kebuntuan sebelum lompat parti mengubahnya.

df197d492dde90bfb6648b8eccb17671
Shafie ketika menjadi Ketua Menteri

Star pada mulanya berpihak kepada , tetapi Upko – yang ketika itu komponen – beralih menyokong Warisan.

Ditambah pula dengan sokongan beberapa , Shafie berjaya membentuk .

Namun, ia hanya bertahan lebih dua tahun.

Menjelang pertengahan 2020, bekas pemimpin yang menyertai Bersatu bersama beberapa dari dan DAP bergabung untuk membantu bekas ketua menteri Musa Aman kembali mendapat kuasa.

Shafie bertindak balas dengan membubarkan DUN, memaksa pilihan raya diadakan. Warisan berdepan gergasi politik peringkat persekutuan, BN dan PN, yang akhirnya menafikan penggal kedua buatnya.

Walaupun Warisan menang 23 kerusi – paling banyak untuk satu parti – sekutunya PH gagal memberikan jumlah yang cukup, sekali gus menafikan kemenangani untuk gabungan “Warisan Plus”.

Selepas PRN 2020, beberapa pemimpin Warisan meninggalkan parti untuk menyokong blok pemerintah sekarang, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beli ahli politik

Shafie berkata dia berdepan tekanan hebat untuk mengendalikan tuntutan daripada pihak dalam pentadbirannya ketika itu.

Pada masa sama, dia mendakwa sejumlah besar sumber digunakan oleh seterunya untuk meruntuhkan kerajaannya pada 2020, antaranya membeli bagi memastikan GRS berkuasa selepas pilihan raya.

Justeru, bekas ketua menteri itu berpendapat terlalu ramai wakil rakyat Sabah yang terdorong oleh kepentingan peribadi, bukannya khidmat kepada rakyat.

“Adakah kamu berjuang untuk rakyat Sabah, atau berjuang untuk parti kamu? Untuk kepentingan kamu? Kamu mesti jelas dalam soal ini.”

ba9af052250ca551908911823bca3321

Dia mendakwa sogokan adalah ‘mata wang’ dalam politik Sabah, sesuatu yang dia enggan terlibat.

“Saya tak mampu beli YB. Kalau saya Ketua Menteri, saya tahu mereka beli. Saya boleh telefon dan tanya ‘berapa juta kamu beri? Satu juta’.

“Okey, beri tiga juta supaya dia tak lompat. Apa jawatan kamu beri? Saya boleh buat. Tapi adakah itu nilai saya sebagai ahli politik, seorang yang lama dalam politik Sabah?”

Rundingan sebelum pilihan raya

Walaupun GRS dan PH dilihat seolah-olah bersatu, Shafie mendakwa wujud keretakan antara dua gabungan itu.Katanya, ada puak yang menghubunginya untuk membincangkan rundingan pra-pilihan raya atau persetujuan, tanpa pengetahuan sekutu mereka dalam GRS.

“Mereka sepatutnya keluar. Tapi sampai sekarang, mereka masih di sana. Untuk apa? Ia tidak selari dengan apa yang mereka katakan,” katanya lagi.

Katanya lagi, tindakan sebegitu membawa kepada ketidaktentuan dalam “kem besar” sedia ada di Sabah dan memberi isyarat kemungkinan berlaku kejutan sebelum atau selepas PRN akan datang.

209a66b36594020434343b8888f675dd

Shafie berjanji Warisan akan mengambil pendekatan berbeza, dengan menolak watak kitar semula yang dikaitkan dengan rasuah, serta memberi amaran kepada calonnya supaya tidak mencampur adukkan politik dengan perniagaan.

“Sudah bertahun-tahun, watak YB yang sama masih ada… Sudah tiba masanya kita hentikan ini. Sudah cukup.

“YB, jangan buat bisnes. Kamu boleh minta projek di kawasan kamu. Tapi jangan buat bisnes. Kalau kamu buat bisnes nanti, saya akan tunggu surat letak jawatan kamu.”

Kekuatan Warisan, kata Shafie, terletak pada akar umbinya. 

“Kepercayaan yang paling penting. Ketekalan dalam apa yang kamu katakan. Kita sangat jelas dalam hidup ini. Jadi ini penting untuk kita.

“Saya sudah enam tahun jadi pembangkang. Kalau kita boleh bertahan enam tahun, kita boleh terus bertahan,” katanya lagi.

[Baca berita asal]



Source link