Malaysia Oversight

Shafie pertahan strategi Warisan tanding semua kerusi

By MkiniBM in August 9, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


Presiden Warisan Shafie Apdal menolak kepentingan rundingan pembahagian kerusi dengan parti-parti persekutuan.

Bekas ketua menteri itu menegaskan fokus Warisan terhadap masalah asas rakyat Sabah.

“Kalau kita cakap dengan , mereka ada 26 kerusi. Kalau kita cakap dengan , mereka ada 23. Kalau kita cakap dengan GRS, mereka ada 14. Adakah itu penting untuk rakyat Sabah? Tidak.

“Apa yang penting ialah air, elektrik, pekerjaan dan makanan, bukannya jumlah kerusi,” katanya ketika berucap di sebuah majlis Warisan di Penampang.

9b03d5d2811976875fe558ac1b64c922

Shafie berhujah bahawa rundingan terdahulu dengan parti-parti persekutuan tidak banyak membantu menyelesaikan isu teras Sabah.

“Yang akan membuat keputusan ialah rakyat. Kekayaan kita, sistem kita. Kita tidak bergantung kepada mereka yang ada agenda sendiri,” tambahnya.

Ketika berucap kepada penyokong kemudian, Shafie turut memberi amaran akan mengambil “tindakan undang-undang dan politik” jika Warisan dinafikan hak membentuk negeri sekiranya menang majoriti mudah.

“Kalau esok kita dapat 37 kerusi, pada saat kita dapat 37 kerusi, mesti tiada lompat parti.

ae85c7aa89b0acf54677d82dcb0fdf85

“Saya akan hantar surat kepada Yang di-Pertua Negeri. Saya mahu mengangkat sumpah. Kalau dia tak bagi saya angkat sumpah, saya akan saman dan bawa dia ke mahkamah,” katanya, merujuk kepada Musa Aman.

Shafie berkata dia memahami undang-undang dan perlembagaan, setelah menjadi penggubal undang-undang selama 36 tahun.

“Kalau saya ada majoriti mudah, saya berhak membentuk . Jangan main-main.””

Dia juga memberi isyarat akan berusaha untuk menyingkirkan Yang Dipertua Negeri sekiranya dihalang.

32812081d8de9395e18b40468517048f

Menurut perlembagaan Sabah, ketua negeri hanya boleh digugurkan melalui usul di Dewan Undangan Negeri, yang lazimnya memerlukan majoriti dua pertiga.

“Kalau Warisan menang 43 kerusi dan masih dihalang, kita ada kuasa untuk singkirkan Yang di-Pertua Negeri,” katanya.

Shafie turut berharap agar agenda Warisan memperbaiki taraf hidup rakyat Sabah tidak dinafikan sekiranya partinya memenangi pilihan raya negeri.

Rujuk prestasi 2020

Senallang itu berkata Warisan berpotensi besar meraih majoriti, dengan mengambil contoh prestasi pilihan raya 2020 apabila memenangi 29 kerusi walaupun menyerahkan kawasan kepada sekutu PH dan Upko ketika itu.

Warisan ketika itu memperuntukkan 14 kerusi kepada Upko yang hanya menang satu dan tujuh kerusi kepada yang menang dua.

“Kalau kita bertanding 10 kerusi lagi dan menang semuanya, saya sudah ada 39 kerusi, itu sudah cukup untuk majoriti mudah,” katanya merujuk formula pembahagian kerusi tersebut.

Kenyataan Shafie hadir di tengah spekulasi sekiranya keputusan pilihan raya negeri akan datang tiada pemenang dengan majoriti jelas.

Pada 2018, tiada gabungan di Sabah menang mutlak, menyebabkan beberapa hari rundingan politik.

Sementara itu, di peringkat persekutuan pada 2022, parlimen tergantung memaksa Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua parti sebelum melantik Ibrahim sebagai perdana menteri.

Hapus hutang pelajar

Shafie turut mempertahankan janjinya menghapuskan pinjaman pendidikan untuk graduan bekerja di Sabah, dengan menegaskan ia mampu dilaksanakan dan bukan gimik politik.

“Awak ada duit untuk beli kenderaan mewah jutaan ringgit bawah armada Sabah Maju Jaya (SMJ), beli kereta rasmi mewah…

04b0bb0dfa78e4a2d46e9ae005c2037e

“Kalau boleh belanja jutaan ringgit untuk ini, kenapa tak boleh guna duit itu untuk langsaikan hutang anak-anak kita di Sabah?” katanya.

Dia merujuk pembelian kira-kira 20 SUV mewah Toyota LCS 3000 ZX dan nombor pendaftaran khas dengan akronim ‘SMJ’ yang merujuk slogan “Sabah Maju Jaya.”

Shafie berkata populasi Sabah seramai 3.9 juta dengan jumlah universiti terhad bermakna kos keseluruhan menghapuskan pinjaman pelajar munasabah.

Dia menggesa 30 hingga 40 peratus tempat di universiti tempatan diperuntukkan kepada anak kelahiran Sabah.

“Tahun 2019, saya bayar RM1 bilion hutang yang ditinggalkan Barisan Nasional ().

“Kalau saya boleh bayar hutang , kenapa kita tak boleh bayar hutang anak-anak kita?”?” katanya.

Katanya rancangan itu boleh dibiayai dengan mengalihkan hasil konsesi balak ke Yayasan Sabah untuk pendidikan, bukannya untuk kepentingan politik.

“Saya tahu konsesi balak mana yang boleh diperuntukkan supaya duit itu masuk ke Yayasan Sabah.

“Lepas itu Yayasan Sabah boleh guna duit itu untuk bayar hutang anak-anak kita,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link