Malaysia Oversight

S’gor dituntut dedah kronologi, transaksi ‘tanah hutan’ Ayer Hitam

By MkiniBM in December 15, 2025 – Reading time 2 minute
S’gor dituntut dedah kronologi, transaksi 'tanah hutan' Ayer Hitam


dituntut mendedahkan kronologi sejarah tanah seluas 169 ekar berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam di Kinrara, Puchong yang dikatakan akan dimajukan.

Anggota Parlimen Subang daripada PKK Wong Chen malah menuntut harga transaksi tanah didedahkah atas kebimbangan “kos pengambilalihan yang mungkin ditanggung oleh pembayar cukai”.

“Perkara ini merupakan isu kepentingan awam yang mendesak dan oleh itu maklumat yang diminta, termasuk kronologi sejarah terperinci serta perkara berkaitan transaksi wajar didedahkan sepenuhnya dan dengan segera. 

“Saya berharap dapat menerima maklum balas yang positif daripada Negeri dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat ini,” katanya.

da716eadcf53e17bfaadc4112d83ff04

Wong mengingatkan bahawa negeri mempunyai Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri ) 2011 yang membolehkan pendedahan maklumat sedemikian.

Dia berkata demikian setelah menerima petisyen 3,752 tandatangan penduduk yang membantah pembangunan di atas tanah itu.

Katanya, wakil persatuan penduduk memintanya menulis surat kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan kronologi itu serta pemindahan hak milik daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada pemilik semasa.

Katanya, penduduk juga mahu kerajaan negeri mengambil alih semula tanah berkenaan dan mewartakannya semula sebagai sebahagian daripada Hutan Simpan Ayer Hitam.

Dalam perkembangan berkaitan, Wong turut memaklumkan dia bertemu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Amirul Azizan Abd Rahim, pada 12 Disember lalu.

Menurutnya, Datuk Bandar bersetuju untuk memberikan kemas kini secara berkala sekiranya terdapat sebarang penilaian atau perkembangan lanjut berkaitan tanah berkenaan.

“Secara prinsipnya saya menentang cadangan pembangunan perumahan ini, namun kita juga perlu mengambil kira kos pengambilalihan sekiranya tanah itu ingin diambil semula dan diwartakan kembali sebagai sebahagian daripada Hutan Simpan Ayer Hitam,” katanya.

November lalu, dilaporkan sekumpulan penduduk mengadakan bantahan di Taman Tasik Wawasan, Puchong bagi membantah pembangunan projek tersebut sekali gus mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri () Kinrara, Ng Sze Han, menjelaskan butiran cadangan pembangunan di kawasan itu.

Bantahan tersebut dibuat susulan kebimbangan penduduk terhadap kemungkinan kesesakan lalu lintas, risiko alam sekitar serta kehilangan kawasan hijau di sebuah bandar yang sudah sedia padat.

Bukan hutan simpan, tiada permohonan – Ng

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum perhimpunan itu, Ng berkata tanah yang dipertikai itu bukan sebahagian daripada hutan simpan, sama ada bawah seliaan Jabatan Perhutanan Selangor atau Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) Universiti Putra Malaysia.

Ng berkata MBSJ belum menerima sebarang permohonan pembangunan daripada pemilik tanah. 

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Pusat Bandar Puchong, Awies Ung, berkata projek berhampiran hutan simpan itu menimbulkan kebimbangan meluas dalam kalangan penduduk di Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong (Taman Wawasan) dan Bandar Puteri.

Awies berkata, perunding projek menghubungi beberapa persatuan penduduk pada 11 November lalu untuk menjalankan Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagai sebahagian daripada proses perancangan. 

Dilaporkan dokumen awal yang dikongsi semasa proses SIA menunjukkan tapak cadangan terletak bersebelahan tapak perkuburan , menghadap SJK(C) Kheng Chee dan memanjang ke arah Sri Kesidang, Rimba Residence serta Apartmen Puncak Kinrara B.



Source link