Setelah Sekian Lama, Goodreads Kini Memperkenalkan Logo Baharu
July 16, 2025
•
Aman
Goodreads merupakan platform yang sedia terkenal memfokuskan kepada ulasan dan komuniti buku. Dilancarkan pada 2007 yang lepas, dan kini dimiliki oleh Amazon sejak 2013 yang lepas.
Selepas sekian lama tanpa perubahan besar pada platform Goodreads, hari ini mereka membuat kejutan dengan mengumumkan pengenalan logo baharu untuk Goodreads. Logo baharu ini dilihat selari dengan pelbagai rekaan logo moden masa kini, dan selari dengan generasi Instagram dan TikTok.

Logo baharu ini dikatakan kini lebih jelas dan selari untuk pelbagai skrin dan paparan. Selain pengenalan logo baharu, Goodreads turut mengatakan akan menyertakan katalog bukuaudio untuk turut diulas oleh para pengguna. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Goodreads turut akan menerima antaramuka baharu, atau sebaliknya. Dengan perubahan logo baharu ini, ramai gembira dan berharap ia akan terus menerima perhatian pihak Amazon, dan tidak meninggalkan platform tersebut begitu sahaja.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.