Malaysia Oversight

Serangan terhadap anak Rafizi, kes buli: PM dukacita trend melampau

By MkiniBM in August 14, 2025 – Reading time 1 minute
Serangan terhadap anak Rafizi, kes buli: PM dukacita trend melampau


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan kewujudan budaya melampau di negara ini susulan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli serta kes buli sehingga menyebabkan kematian.

“Budaya ini sangat membimbangkan, saya beri jaminan seperti apa yang disebutkan oleh Menteri Dalam Negeri dan polis bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengambil tindakan, seterusnya menghentikan budaya jahat ini,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

berkata demikian sebelum menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang ingin mengetahui rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat berkenaan dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

Terdahulu, ketika bangun untuk mengutarakan soalan, Muhammad Bakhtiar menyatakan beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap ahli keluarga bekas Menteri Ekonomi itu.

“Saya menggesa pihak polis dan pihak berautoriti untuk siasat secara terperinci dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anak Ahli Parlimen Pandan itu diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

Rafizi berkata anaknya telah diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan, selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

– Bernama



Source link