Malaysia Oversight

Sennheiser HDB 630 Diperkenalkan – Fon Kepala Nirwayar Premium Dengan Sokongan aptX Adaptive

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
Sennheiser HDB 630 Diperkenalkan – Fon Kepala Nirwayar Premium Dengan Sokongan aptX Adaptive


Sennheiser HDB 630 Diperkenalkan – Fon Kepala Nirwayar Premium Dengan Sokongan aptX Adaptive

October 8, 2025
Audio

Nazrin

Jika anda sedang mencari sepasang fon kepala kelas premium bangsawan yang bukan dari jenama Sony ataupun Bose, jenama produk audio terkemuka dari negara Jerman, iaitu Sennheiser telah memperkenalkan fon kepala nirwayar terbaru mereka, iaitu Sennheiser HDB 630 baru-baru ini.

Fon kepala ini menggunakan rangka sama yang digunakan pada fon kepala Sennheiser Momentum 4, tetapi dari segi komponen-komponen lain, ia menggunakan pemandu audio bersaiz 42mm yang ditutup oleh kusyen telinga kulit tiruan.

Fon kepala ini hadir dengan sokongan sambungan nirwayar Bluetooth 5.2 dan boleh disambungkan ke aplikasi Smart Control Plus yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai tetapan audio, pengubahsuaian campuran audio dan juga tetapan pembatalan bunyi hingar aktif.

image 23

Dari segi sambungan pula, fon kepala HDB 630 ini hadir dengan pilihan dua sambungan berwayar, melalui palam audio 3.5mm ataupun USB Type-C, dan satu sambungan nirwayar Bluetooth yang dikatakan sebelum ini.

Dari segi sokongan codec audio pula, ia boleh memproses codec audio aptX Adaptive sekiranya peranti anda menyokongnya untuk kualiti penstriman audio yang terbaik dan paling jimat penggunaan kuasa di pasaran sekarang. Jika tidak, fon kepala ini juga hadir dengan aksesori penyesuai USB Type-C yang memberikan peranti anda sokongan untuk codec tersebut. Buat masa ini ia tidak diketahui jika fon kepala ini menyokong codec audio LDAC yang disokong secara lebih meluas pada peranti-peranti Android di pasaran.

Bercakap mengenai penjimatan kuasa, fon kepala ini dilaporkan boleh digunakan selama 60 jam dengan pengecasan penuh dan pengecasan selama 10 minit dari kosong membolehkan anda menggunakan fon kepala ini selama tujuh jam tanpa masalah.

Buat masa ini, pra-tempahan untuk fon kepala Sennheiser HDB 630 ini sudah dibuka di beberapa pasaran terpilih pada harga sekitar $499 (~RM2100). Carian di laman web Sennheiser Malaysia tidak membuahkan hasil setakat ini, tetapi jangkaan kami ialah ia akan diperkenalkan untuk pasaran kita kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link