Malaysia Oversight

Senat Amerika tolak tarif Trump terhadap Kanada

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Senat Amerika tolak tarif Trump terhadap Kanada


Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan satu resolusi bersama yang bertujuan menolak pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald terhadap Kanada, lapor Anadolu Ajansi.

Dengan undian 50 menyokong berbanding 46 menentang, Senat meluluskan Resolusi Bersama S.J. 77, sekali gus menamatkan pengisytiharan darurat nasional yang digunakan bagi mengenakan cukai ke atas import dari Kanada.

Empat senator Republikan iaitu Rand Paul, Lisa Murkowski, Susan Collins dan Mitch McConnell mengundi bersama parti Demokrat menyokong langkah itu.

Keempat-empat mereka sebelum ini juga menyokong usaha untuk menyekat tarif terhadap Kanada pada April lalu.

Selain itu, Senat turut meluluskan resolusi bagi menamatkan tarif terhadap barangan Brazil termasuk minyak, kopi dan daging lembu pada Selasa.

Meskipun diluluskan di Senat, langkah terbabit dijangka berdepan halangan di Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan, yang berusaha menyekat sebarang percubaan untuk membatalkan dasar tarif .

– Bernama – Anadolu



Source link