KUALA LUMPUR: Tindakan menyenarai hitam Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah langkah paling berkesan mendisiplinkan pengguna jalan raya berbanding sekadar kempen kesedaran dan tawaran diskaun saman. Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, tindakan itu menimbulkan rasa gentar dalam kalangan pemandu dan memaksa mereka lebih bertanggungjawab terhadap kesalahan lalu lintas seterusnya membentuk disiplin secara paksaan. Katanya, langkah itu bukan…






