Malaysia Oversight

Semua, termasuk sekolah Cina, wajib ambil SPM subjek BM, sejarah 

By MkiniBM in January 20, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Semua aliran sekolah termasuk sistem antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Tanpa kecuali, diwajibkan mengambil ujian Bahasa Melayu SPM dan juga sejarah Malaysia. Yang kedua, kita lihat sekolah agama rakyat ini dan maahad tahfiz dan sebagainya, sistem persekolahan yang kian meningkat. Mereka juga termasuk dalam kategori ini.

“Ini terpakai juga tentang kontroversi kecil soal UEC walaupun keadaan sudah berubah. Majoriti besar mengambil SPM dan juga majoriti besar telah mengambil SPM Bahasa (Melayu).

“Dalam peraturan sekarang, Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia juga diwajibkan bagi sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat dan semua sekolah aliran Cina atau UEC.

“Maka dengan kaedah ini, jalur mereka untuk pergi ke pendidikan tinggi sama ada sekolah antarabangsa atau sekolah agama rakyat dan UEC, itu tidak lagi harus menjadi kontroversi. Kita terima baik asalkan syarat ini diterima,” jelas Ibrahim.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di , hari ini.

Mengulas lanjut, berkata mata pelajaran terbabit yang telah melalui proses rombakan semula akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu dan diwajibkan kepada semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi.

“Di peringkat pendidikan tinggi, kita tidak wajibkan Bahasa Melayu dan sejarah tetapi mulai tahun ini, kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang telah dirombak semula dan diajar dalam Bahasa Melayu di seluruh universiti awam dan swasta bagi pelajar Malaysia iaitu Perlembagaan dan sejarah Malaysia serta dimasukkan dalam kurikulum,” katanya.

Perdana menteri berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap pelajar memiliki asas kefahaman tentang sejarah negara dan struktur Perlembagaan Persekutuan meskipun mereka mengikuti bidang pengajian yang berbeza.



Source link