Malaysia Oversight

Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait rasuah dibeku

By MkiniBM in January 16, 2026 – Reading time 1 minute
Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait rasuah dibeku


Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau berkata melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

“Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini.

“Kita akan ambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan, supaya proses dipatuhi sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di Kuala Lumpur, hari ini.

[Laporan penuh menyusul]

– Bernama



Source link