Malaysia Oversight

‘Sempat salam dan tergur’ – Anwar kongsi detik jumpa Kim Jong Un

By MkiniBM in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
'Sempat salam dan tergur' - Anwar kongsi detik jumpa Kim Jong Un


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, , pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, berkata beliau sempat berjabat tangan dan bertegur sapa dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu.

“Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tiananmen. Sempat salam dan tegur sapa,” kata beliau.

Terdahulu, dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut Presiden Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Menurut Kementerian Luar China, sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Raja Kemboja Norodom Sihamoni, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar Min Aung Hlaing.

Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China.

Hantaran mengenai pertemuan antara dua pemimpin itu turut menarik pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, yang rata-ratanya meninggalkan komen memuji keakraban Perdana Menteri dengan pemimpin dunia.

PMX is one of the best leader in the present world, he can get along with all the super power leaders in the world (PMX adalah seorang daripada pemimpin terbaik di dunia pada masa ini, beliau mampu menjalin hubungan baik dengan semua pemimpin kuasa besar dunia),” menurut Shah Hussien.

Muhd Omar pula berkata: “Ini jarang sekali berlaku sebab North Korea (Korea Utara) masih dalam sekatan ekonomi PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Berkawan dengan siapa pun boleh, yang penting tujuannya untuk keamanan dan kebaikan dunia. Wow hebatnya PMX,” katanya.

Aziz Din pula menyatakan “Saya berasa sangat kagum dengan keupayaan Perdana Menteri Malaysia. Teruskan membawa nama Malaysia ke mata dunia. Sangat bagus dengan potensi pelaburan yang besar,” katanya.

Bernama



Source link