Malaysia Oversight

Sembilan MP PKR gariskan lima agenda untuk Ketua Hakim Negara baru

By MkiniBM in July 18, 2025 – Reading time 1 minute
Sembilan MP PKR gariskan lima agenda untuk Ketua Hakim Negara baru


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bersama lapan lagi ahli Parlimen mengemukakan senarai panjang isu-isu tertunggak untuk dipertimbangkan oleh Ketua Hakim Negara yang baru, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka menyuarakan harapan agar institusi kehakiman di bawah kepimpinan Wan Ahmad Farid akan terus memperkukuh kebebasan badan tersebut.

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyebut tentang gesaan mereka sebelum ini agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman.

Gesaan mereka agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi menyiasat isu berkenaan juga tidak dinyatakan dalam kenyataan hari ini.

[Berita lanjut menyusul]



Source link