Malaysia Oversight

‘Semalam saya hampir bertakbir kerana Anwar, tapi hari ini…’

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
‘Semalam saya hampir bertakbir kerana Anwar, tapi hari ini…’


Ketua Pemuda Fadhli Shaari mendedahkan dia semalam sangat gembira sehingga “hampir bertakbir” dengan pendirian Perdana Menteri Ibrahim untuk mengharamkan arak di sekolah.

Bagaimanapun, kata anggota parlimen Pasir Mas, dia menarik balik “pujiannya” susulan keputusan jemaah menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada–yang bermaksud arak boleh dihidangkan dalam acara yang menyewa dewan sekolah Cina.

Fadhli malah menyindir keputusan itu dibuat selepas “suara keramat” tokoh DAP Lim Guan Eng yang menempelak kenyataan sebagai “tunduk kepada golongan ekstremis”.

“Hebat sungguh ini, boleh ubah dasar sesedap cita rasa pihak yang menekan. 

“Macam minum teh tarik, kalau manis sangat, tambah air; kalau kena marah DAP, terus tukar resepi,” katanya.

9f89a36fe0e889a5fcf9912863703e4a
ketika memberi bantuan kepada sebuah sekolah Cina, gambar hiasan

Jurucakap , Fadzil mengumumkan keputusan itu dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet di petang ini.

Dia berkata bahawa amalan tertentu terpakai kepada sekolah Cina kerana sebahagian daripadanya mempunyai kemudahan yang dibina dan diselenggara sama ada oleh lembaga pengurusan sekolah atau swasta.

Menulis di media sosial petang ini, Fadhli berkata isu arak “bukan soal ekstremis atau liberalis” tetapi soal asas, sama ada sekolah sebagai tempat menuntut ilmu wajar dijadikan ruang normalisasi budaya minum arak.

Fadhli juga mendakwa bukan rakyat yang menentukan arah negara tetapi “siapa yang paling kuat menghentak meja dalam mesyuarat kabinet”. 

“Arak di sekolah? Hal kecil bagi mereka. Tapi bagi kita yang masih waras, ia tanda besar bahawa ini sudah lama mabuk dengan kuasa dan takut hilang undi.

“Tahniah DAP. Tan Sri Yang Dipertua, saya tarik balik pujian itu, terima kasih,” katanya.

005b09268ca66a6e4423b01cd359a16c
Lim Guan Eng

Semalam, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia berpendirian bahawa arak tidak dihidangkan di kawasan sekolah.

Kenyataannya dibuat sebagai tindak balas kepada isu yang dibangkitkan Fadhli mengenai penghidangan arak pada perhimpunan alumni baru-baru ini yang diadakan di Institusi St Michael di Ipoh.



Source link