Malaysia Oversight

Selepas WhatsApp, Aplikasi Instagram Dilaporkan Akan Diperkenal Untuk iPad Pada Tahun Ini

By Amanz in June 3, 2025 – Reading time 1 minute


Selepas WhatsApp, Aplikasi Instagram Dilaporkan Akan Diperkenal Untuk iPad Pada Tahun Ini

June 2, 2025

Aman

Meta telah pun memperkenalkan aplikasi WhatsApp untuk iPad baru-baru ini. Selain daripada WhatsApp, kini Meta dilaporkan sedang membangunkan aplikasi Instagram yang dioptimasikan untuk paparan skrin iPad.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna iPad untuk melayari Instagram pada skrin besar. Disamping itu, ia turut hadir dengan paparan yang disesuaikan untuk penggunaan tetingkap multi-tugasan pada iPad.

Ia tidak diketahui mengapakah pihak Meta memfokuskan kepada iPad akhirnya pada tahun ini. Berkemungkinan adalah kerana angka pengguna iPad yang tinggi, selain menyaingi penawaran pesaing lain seperti TikTok yang sedia menawarkan paparan yang lebih baik berbanding penawaran Meta.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link