Malaysia Oversight

Selangor umum bantuan awal RM500 kepada keluarga terkesan banjir

By MkiniBM in November 25, 2025 – Reading time 1 minute
Selangor umum bantuan awal RM500 kepada keluarga terkesan banjir


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata setakat 11.30 pagi tadi, sebanyak 2,784 mangsa ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sabak Bernam, Kuala , Hulu Langat, Petaling, dan Klang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 221 adalah pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini dengan negeri menerusi Pejabat Daerah akan menyediakan pengangkutan percuma dari PPS ke pusat peperiksaan bagi memudahkan urusan pelajar yang terkesan.

“Yayasan Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI ) juga akan menyalurkan bantuan segera kepada pelajar-pelajar ini yang kehilangan peralatan menulis dan digital akibat banjir agar urusan peperiksaan mereka dapat diteruskan dengan lebih selesa.

“Saya juga telah mengarahkan supaya usaha tebatan banjir di beberapa kawasan tumpuan dipercepat, dan usaha ini akan dipantau dan diperincikan petang ini oleh Exco Infrstruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin dalam kenyataan sama turut mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor terutamanya mereka yang berada di PPS, selain turut menyatakan penghargaan kepada pasukan petugas yang bertungkus lumus menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang terkesan.

– Bernama



Source link