Selangor FC hari ini mengumumkan Ketua Jurulatih, Katsuhito Kinoshi, direhatkan daripada tugasnya berkuat kuasa serta-merta.
Kelab merakamkan penghargaan atas sumbangan dan komitmen Kinoshi sejak dilantik, namun tanggungjawab pasukan kini dipikul oleh Christophe Gamel sebagai jurulatih interim sementara proses pelantikan tetap dijalankan.
Kinoshi sebelum ini dibawa masuk dengan harapan besar untuk mengubah wajah Selangor FC, terutama selepas kelab tersebut memperkukuh skuad dengan beberapa pemain import berprofil tinggi serta pemain tempatan yang berstatus kebangsaan.






