Selangor Hadir Dengan NINE – Aplikasi Semua-Dalam-Satu Termasuk Dompet Digital
Aman
Kerajaan Selangor kini dilihat telah memperkenalkan aplikasi semua-dalam-satu atau “superapp” mereka tersendiri, dinamakan NINE. Aplikasi ini mengintegrasikan pelbagai perkara melibatkan negeri Selangor, disamping turut mengintegrasikan sokongan dompet digital melaluinya.

Menggunakan aplikasi NINE, pengguna boleh menguruskan pembayaran parkir, akses kepada perkhidmatan melibatkan majlis perbandaran dan kerajaan tempatan, sokongan pengangkutan, dan juga pelbagai perkara lain. Ia turut mengintegrasikan sokongan dompet digital yang dilihat menjadi teras untuk memudahkan pembayaran pelbagai perkhidmatan yang lain.
Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan NINE dalam menetapkan SSO, dan menggunakannya dalam mengakses pelbagai perkhidmatan dan sistem kerajaan lain. Bagi anda yang menetap di Selangor, boleh memuat-turun aplikasi NINE ini yang tersedia di Apple AppStore dan juga Google Play Store.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






