Malaysia Oversight

Selangor FC tersingkir, kekal badi tewas di pentas ACL2

By Utusan in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
Selangor FC tersingkir, kekal badi tewas di pentas ACL2


PETALING JAYA: FC (SFC) bukan sahaja gagal menamatkan badi kekalahan di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), malah turut sah tersingkir untuk mara ke pusingan kalah mati.

Situasi itu disebabkan kekalahan 2-3 ditangan kepada gergasi Indonesia, Persib Bandung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan Gergasi Merah mencatat kekalahan keempat berturut-turut itu dan kini terus menghuni tangga tercorot Kumpulan G tanpa sebarang mata, sekali gus menutup peluang mereka ke pusingan seterusnya walaupun masih berbaki dua perlawanan.

Dengan perbezaan sembilan mata di belakang pasukan tangga kedua, Bangkok United, skuad bimbingan Christophe Gamel tidak lagi mampu mengejar dua slot teratas kumpulan dan kini hanya bermain untuk melengkapkan baki aksi peringkat kumpulan.

turun dengan wajah sedikit berbeza di laman sendiri apabila menampilkan pertahanan baharu, Mamadou Diarra, namun kehilangan tonggak utama dan kapten pasukan, Faisal Halim.

Tuan rumah bermula baik apabila Chrigor Moraes membuka jaringan seawal minit ketiga hasil umpanan cantik Alvin Fortes, sebelum Patricio Matricardi tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-17 untuk meletakkan selesa mendahului 2-0.

Namun, rentak permainan berubah selepas rehat apabila Persib Bandung bangkit dengan gol pertama menerusi Andrew Jung pada minit ke-48 hasil gerakan Rosembergne da Silva, sekali gus menyuntik semangat kebangkitan skuad kendalian Bojan Hodak.

Ketika perlawanan berbaki sembilan minit, Adam Alis menyamakan kedudukan 2-2 buat pendahulu Kumpulan G itu.

Sewaktu perlawanan seakan ditamatkan dengan keputusan seri, pada masa kecederaan tendangan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang cuba mengeluarkan bola daripada kawasan penalti terkena Adam dan menerjah jaring sendiri untuk memberi kemenangan Persib Bandung.-UTUSAN





Source link