Malaysia Oversight

Selangor FC mara ke suku akhir Piala FA 2025

By TheSun in August 17, 2025 – Reading time 1 minute
Selangor FC mara ke suku akhir Piala FA 2025


KUALA LUMPUR: FC melangkah ke suku akhir Piala FA selepas mengatasi Malaysian University Football Team (MUFT) 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Muhammad Faisal Abdul Halim menjaringkan gol pertama pada minit keempat menerusi hantaran Muhammad Aliff Izwan Yusof.

Pemain import Alvin Fortes menambah jaringan kedua pada minit ke-24 sebelum Faisal melengkapkan kedudukan 3-0 menjelang separuh masa pertama.

MUFT menunjukkan ketahanan lebih baik pada babak kedua tetapi gagal mengurangkan jurang sehingga minit ke-82.

Aiman Danial berjaya menewaskan penjaga gol , Khairulazhan Khalid, untuk menjaringkan gol tunggal MUFT.

Kemenangan ini membolehkan FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA musim ini- Bernama



Source link