Malaysia Oversight

Selangor FC ‘belasah’ Terengganu 5-2

By Utusan in August 27, 2025 – Reading time 2 minute
Selangor FC 'belasah' Terengganu 5-2


PETALING JAYA: FC (SFC) menjadikan Terengganu FC (TFC) sebagai ‘mangsa’ melepaskan geram apabila melakar kemenangan 5-2 pada aksi keempat Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Gergasi Merah sebelum ini dikecewakan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Ahad lalu, dengan membenarkan skuad Hobin Jang Hobin bangkit mencatat kemenangan pada penghujung perlawanan.

Walaupun pada awal permainan dilihat seimbang, namun situasi itu berubah selepas Chrigor Moraes membuka tirai jaringan buat apabila menanduk masuk bola hantaran Alvin Fortes pada minit ke-17.

terus ‘garang’ dengan menggandakan jaringan lapan minit kemudian menerusi ledakan Fortes.

Gol ketiga tuan rumah hadir, apabila Moraes bijak memanfaatkan kesilapan dilakukan penjaga gol TFC, Suhaimi Husin yang keluar dari posisinya pada minit ke-36.

Terengganu Akram
PEMAIN Tengah Terengganu, Akram Mahinan cuba mengasak pemain Selangor, Noor Al-Rawabdeh pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Moraes menutup babak pertama dengan mencatat hatrik pertamanya musim ini apabila bijak melepasi kawalan pertahanan lawan dengan menyudahkan umpanan Noor Al-Rawabdeh untuk meletakkan Selangor mendahului 4-0 menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, skuad Penyu tampil lebih baik dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pemain gantian, Gabriel Silva Costa pada minit ke-69 selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesan dia dijatuhkan Sharul Nazeem Zulpakar.

Gol itu menyuntik semangat Terengganu untuk mencari gol seterusnya dan hasilnya pada minit ke-82 giliran Junior Stephen Ngong mencetak nama sebagai penjaring.

Enggan membenarkan skrip sama berulang dengan membiarkan pasukan lawan bangkit, Selangor menambah gol kelima menerusi pemain gantian, Muhammad Aliff Izwan Yuslan bagi mengesahkan kemenangan bergaya Gergasi Merah dihadapan 6,055 penyokong yang hadir.

Keputusan itu membolehkan Selangor melonjak kedudukan mereka tiga anak tangga untuk berada di tempat keempat liga dengan menyumpul enam mata, manakala TFC yang menghimpun tujuh mata menghuni tempat ketiga.-UTUSAN





Source link