Malaysia Oversight

Selangor Bangunkan Sistem Digital Semakan Logo Halal

By Amanz in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
Selangor Bangunkan Sistem Digital Semakan Logo Halal


Bangunkan Sistem Digital Semakan Logo Halal

November 4, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Semakan kesahihan logo halal akan menjadi lebih mudah menerusi inisiatif yang sedang membangunkan pangkalan data halal digital. Usaha ini bertujuan memudahkan pengguna menyemak status halal produk di pasaran sekali gus memperkukuh ekosistem halal dan melindungi pengguna daripada kekeliruan.

Jakim Halal

Satu-satunya logo halal yang diiktiraf oleh ialah Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan oleh Jakim. Oleh itu, sebarang logo selain SPHM adalah tidak sah dan boleh mengelirukan pengguna.

Di samping itu, di bawah Akta 730 (Akta Perihal Dagangan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak menyalahgunakan logo halal termasuk saman, kompaun atau penjara bergantung kepada tahap kesalahan.

Turut ditegaskan bahawa pengiktirafan istilah ‘Muslim Choice’ kepada pengusaha bukanlah perakuan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Penggunaan istilah sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai status halal sesuatu produk atau premis.

Sehubungan itu, semua pihak diingatkan agar tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, istilah atau kenyataan yang membawa maksud halal tanpa kebenaran rasmi daripada Jakim, Majlis Agama Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Negeri (JAIN).

Media Selangor

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link