Sekatan Permainan Bukan Jalan Penyelesaian Isu Keselamatan Kanak-Kanak
Amy Maizuraa
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan bahawa menghalang permua seperti Roblox tidak memadai untuk menangani isu keselamatan kanak-kanak. Sebaliknya, beliau menekankan bahawa ciri perlindungan dalam permainan serta kerjasama menyeluruh antara penyedia platform dan pihak berkepentingan merupakan langkah utama yang perlu diberi keutamaan.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan menghalang akses hanya akan menghentikan permainan, bukannya menjamin keselamatan, sambil merujuk kepada perbincangan bersama Suhakam mengenai keperluan perlindungan yang lebih kukuh.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan terhadap Roblox susulan insiden tragis melibatkan dua beradik di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, di mana pendedahan kepada permainan tersebut didakwa mempengaruhi tindakan agresif.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa Roblox telah memberi jaminan untuk memperkukuh keselamatan melalui penggunaan AI dan pemantauan manusia, di samping bekerjasama dalam perkongsian data serta pematuhan peraturan.
Selain itu, Roblox sendiri telah melaksanakan polisi keselamatan baharu dengan mewajibkan semakan umur bagi semua pengguna sebelum mereka boleh mengakses fungsi sembang, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kanak-kanak.

Keperluan untuk menghalang akses kanak-kanak kepada platform tertentu khususnya media sosial telah pun dilaksanakan di Australia. Malaysia pula dijangka menyusul menjelang awal tahun 2026 sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap keselamatan kanak-kanak dalam talian.






