Malaysia Oversight

Segamat, Batu Pahat digesa masuk Peta Zon Bencana

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


pusat mengesyorkan agar daerah Segamat dan Batu Pahat dimasukkan ke dalam Peta Zon Bencana Seismik Malaysia bagi memastikan aspek keselamatan dan reka bentuk bangunan di kawasan berkenaan mengambil kira faktor seismik pada masa depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata pengemaskinian peta zon bencana berkenaan akan membolehkan semua projek pembangunan di kawasan itu direka bentuk menggunakan konkrit berkualiti tinggi dan perincian besi mengikut standard MS EN 1998 National Annex untuk mampu menahan gegaran.

“Keperluan faktor seismik dalam analisis ini dikira berdasarkan keberadaan tapak mengikut Peak Ground Accelaration (PGA) Hazard Map dalam National Annex.

“Berdasarkan hazard map sedia ada, Segamat tidak termasuk dalam kawasan bencana. Oleh itu, reka bentuk bangunan di sini tidak diwajibkan mengikut standard seismik lebih tinggi. Namun, insiden gegaran ini menunjukkan keperluan untuk mengemas kini hazard map dengan memasukkan Segamat dan Batu Pahat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat gempa bumi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat dan melawat kesan bencana di beberapa bangunan di sini hari ini.

–LAGI

AHMAD MASLAN-PETA 2 (AKHIR)

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menghasilkan Peta Zon Bencana Seismik Malaysia sebagai rujukan bagi tujuan pengurusan geobencana yang memberikan gambaran tahap gegaran seismik berpotensi dialami di Malaysia, berdasarkan zon dengan skala berbeza.

Maklumat ini penting dalam usaha menyokong perancangan pembangunan infrastruktur, meningkatkan kesedaran awam mengenai risiko bencana, serta memperkukuh kesiapsiagaan agensi berkaitan dalam menghadapi kemungkinan insiden gegaran bumi.

Ahmad turut mencadangkan agar seismometer dipasang di kawasan berisiko untuk memberi amaran awal sekiranya gegaran berlaku pada skala tertentu.

“Ini penting supaya rakyat lebih bersedia. Kita mahu setiap bangunan dan infrastruktur awam yang dibina kelak benar-benar tahan dan selamat digunakan,” katanya.

Setakat ini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara termasuk enam di Johor iaitu dua di Johor Bahru, manakala masing-masing satu di Kluang, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi.

Terdahulu beliau berkata 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan kos pembaikan dianggarkan RM550,000, selain 62 rumah persendirian dan dua surau turut terjejas.

Johor dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya lapan gegaran bagi tempoh 24 Ogos hingga 3 Sept lepas, termasuk enam kali di Segamat dan dua di Batu Pahat.

– Bernama



Source link