Genap 10 tahun penganjurannya, Hadiah Sastera Selangor (HSS) kali ini mencipta kelainan dan kemeriahan tersendiri. Berbanding penilaian dan pengiktirafan biasa, HSS 2025 menampilkan keputusan untuk tiga tahun sekali gus.
Bertempat di Klang, pemenang HSS bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 diumumkan di hadapan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, serta lebih 100 tetamu termasuk kalangan penulis.
Seramai sembilan penulis karya kreatif tanah air diumumkan sebagai pemenang utama dalam sayembara yang dianggap antara paling berprestij di dalam negara.
Tiga kategori yang dipertandingkan ialah cerpen, esei dan sajak. Pemenang utama bagi setiap kategori menerima wang tunai RM6,000 manakala pemenang hadiah penghargaan menerima RM1,500 setiap seorang.
Secara keseluruhan, HSS 2025 menyaksikan RM94,500 wang diperuntukkan bagi perkembangan seni, sastera dan budaya oleh kerajaan negeri.

Untuk rekod, HSS bermula pada 2015 apabila karya-karya kreatif dalam akhbar Selangorkini serta portalnya dinilai. Bagaimanapun sejak 2021 penilaian diperluaskan mencakupi karya dari Dewan Sastera, majalah Svara dan media sosial Tukang Puisi.
Nilai hadiah juga dinaikkan oleh kerajaan negeri. Jika sebelum ini pemenang utama menerima RM5,000, kini ia meningkat kepada RM6,000 seorang manakala hadiah penghargaan menjadi RM1,500 berbanding RM1,000 saja.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penulis terkenal, Faisal Tehrani, mengetuai panel sembilan juri yang menilai semua karya yang dipertandingkan.

Berikut ialah senarai pemenang utama yang dipilih oleh panel juri:
Sajak
2022 – Klise Encik Ben (Nasser Mikraj, SelangorKini)
2023 – Parabellum (Ariff Mustaffa Hamzah, SelangorKini)
2024 – Malam dan Matahari (Ariff Mustaffa Hamzah, SelangorKini)
Cerpen
2022 – Matinya Sepasang Anjing Jadian (Zainal Rashid Ahmad, Dewan Sastera)
2023 – Enuresis (Nurimas SN, SelangorKini)
2024 – Tivi Rafah (Lokman Hakim, SelangorKini)
Esei
2022 – Mencari Makna Umpanan Kemaafan Lewat Karya Sastera (Qurratul Ain, SelangorKini)
2023 – Melayu Desa Melayu Kota (Johan Radzi, SelangorKini)
2024 – Semuanya Telah Diungkapkan (Qurratul Ain, SelangorKini)
Bagi pemenang saguhati pula, berikut adalah senarai nama mengikut tahun:
Sajak, 2022
-
Turis-turis Jelma (Abdullah Hussaini)
-
Hari Terakhir (Clariessa Kesulai)
-
Menjadi Matahari (Khoo Phau Liang)
Sajak 2023
-
Kafein Marhaen (Istajib Mokhtar)
-
Tak Perlu Pertanyaan Lagi Pada Hari Jadi Ke-65 (Ghazali Sulong)
-
Dongeng Kota (Dr Fahd Razy)
Sajak 2024
Esei 2022
-
Metafiksyen Esok (Lokman Hakim)
-
Kenapa Sajak Sukar Ditakrifkan (A Muziru Idham)
-
Semangat The Waste Land Dalam Perempuan Baha Zain (Saiful Bahri Md Radzi dan Mohamad Shaidan)
Esei 2023
-
Kecerdasan Buatan Gelora Baru Dalam Dunia Sastera (Saiful Akram Che Cob)
-
Menilai Keterangkuman Wacana Inklusif (Nur Adilla dan Hazman Baharon)
-
Bolehkan Sastera Mengenyangkan Orang Lapar (A Muziru Idham)
Esei 2024
-
Nota Sulit Menyelongkar Renungan Rasa Dan Kritikan Sastera (A Muziru Idham)
-
Ketika Sajak Muncul Dan Akibatnya (Lutfi Ishak)
-
Sastera Dalam Seluloid (Norman Yusof)
Cerpen 2022
-
Lokomotif Ke Utara: Sebuah Perjalanan Waktu (Muhaimin Subki)
-
Bonda Alam (Adam Taufiq Suharto)
-
Ibu-Morfosis (Aliaa Alina)
Cerpen 2023
-
Bangsawan Bertopeng (Anwar Ridhwan)
-
Saya Katakan Kepada Tuhan (Aliaa Alina)
-
Menyeduh Pagi (Mohd Azmeen)
Cerpen 2024