Malaysia Oversight

Scammer tukar kod QR derma dalam obituari mangsa tikaman

By MkiniBM in October 16, 2025 – Reading time 2 minute
Scammer tukar kod QR derma dalam obituari mangsa tikaman


Beberapa individu tidak bertanggungjawab dilapor mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar berusia 16 tahun yang mati ditikam di sekolah pada Selasa lalu, dengan menukar kod QR derma kepada akaun mereka.

Menurut laporan Press, obituari yang telah menukar kod QR asal — bagi mengalihkan sumbangan ke akaun bank penipu — tular di media sosial.

Laporan itu menyebut bahawa kod QR asal milik ibu mangsa yang disalurkan ke akaun eDompet Touch ‘n Go wanita itu tidak lagi boleh menerima sumbangan selepas mencapai had transaksi maksimum.

Pada 14 Oktober lalu, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun didakwa menikam hingga remaja perempuan itu di sebuah sekolah di Bandar Utama, . Laporan awal menyebut siasatan turut meneliti kemungkinan motif cinta yang tidak berbalas.

Bagaimanapun, Ketua Polis , Shazeli Kahar, mengesahkan bahawa siasatan tidak menemui sebarang bukti menunjukkan suspek memendam perasaan romantik terhadap mangsa.

Suspek kini direman sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan terbaharu, Shazeli berkata polis sedang menyiasat kemungkinan permainan video dalam talian menjadi antara faktor yang mendorong suspek melakukan serangan itu.

“Kami sebelum ini menyebut suspek terpengaruh dengan media sosial. Tetapi media sosial itu luas, jadi kami sedang mengenal pasti platform mana yang paling memberi kesan kepadanya.

Permainan video mungkin salah satu daripadanya,” katanya seperti dilapor di New Straits Times hari ini.

Polis turut menemui nota tulisan tangan yang dipercayai milik suspek, mengandungi istilah yang sering digunakan dalam budaya permainan dan internet seperti “Zero Day” (hari serangan) dan “NPC” (watak bukan pemain).

Shazeli juga memaklumkan bahawa suspek sedang menjalani sesi kaunseling sebelum kejadian.

“Saya dimaklumkan bahawa suspek ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk membaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental atau personaliti dia, perkara ini diuruskan oleh pihak sekolah,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas timbul dakwaan bahawa pihak sekolah mengetahui suspek itu mempunyai masalah mental tetapi gagal mengambil tindakan untuk mengelakkan kejadian tersebut.



Source link