Malaysia Oversight

Saya tidak berniat untuk berputus asa, kata Rafizi

By MkiniBM in May 26, 2025 – Reading time 2 minute
Saya tidak berniat untuk berputus asa, kata Rafizi


Meskipun gagal mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden , Rafizi Ramli tetap teguh dengan pendiriannya dan berikrar untuk terus berjuang demi Malaysia yang lebih baik.

“Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.

“Cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Rafizi yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata dengan lebih banyak masa yang ada akan membolehkan dia meluangkan masa bersama rakyat biasa selepas ini.

‘Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita’

Ahli Parlimen Pandan yang telah bersama hampir tiga dekad itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya.

“Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat.

“Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional ), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa,” tambahnya.

d994fd5dac4f2b19608d42ab3e802efe

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Rafizi, yang merupakan penyandang jawatan nombor dua baru-baru tewas kepada anak perempuan Ibrahim, .

Semalam, ahli politik itu menegaskan bahawa memegang jawatan dalam bukan satu-satunya cara untuk mencapai matlamat reformasi, malah menegaskan bahawa perubahan harus bermula daripada masyarakat sendiri.

Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa matlamat PKR masih belum tercapai dan menambah bahawa idealisme dan keabsahan parti itu di mata rakyat melangkaui kepimpinan presidennya sekarang.



Source link