Malaysia Oversight

Saya tak sembunyikan apa-apa, sedia disiasat

By MkiniBM in February 13, 2026 – Reading time 1 minute
Saya tak sembunyikan apa-apa, sedia disiasat


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata dia sedia untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan berhubung pemilikan sahamnya.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” tegasnya dala kenyataan, hari ini.

Azam berkata semua pengisytiharan kewangan dan asetnya dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam yang terpakai dan melalui saluran rasmi seperti yang ditetapkan untuk setiap penjawat awam.

“Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang. 

“Pendekatan sedemikian penting bukan sahaja untuk mempertahankan integriti peribadi saya, malah bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap SPRM sebagai sebuah institusi,” katanya lagi.

[Berita lanjut menyusul]



Source link