Malaysia Oversight

‘Saya Melayu dulu, baru Malaysia’ tak penting lagi

By MkiniBM in May 4, 2025 – Reading time 2 minute
'Saya Melayu dulu, baru Malaysia' tak penting lagi


Pengerusi PN Yassin menegaskan dia kini pemimpin yang mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia dan pandangan lamanya mengenai keutamaan identiti Melayu sudah tidak relevan lagi dalam konteks semasa.

Berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin dalam Festival Perpaduan India di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam hari ini, bekas perdana menteri itu menyatakan komitmen gabungannya untuk berlaku adil kepada semua kaum.

“Saya adalah orang Melayu Malaysia. Tapi, pemikiran saya tak pernah berfikir saya sebagai Melayu sahaja. Saya perlu mengambil kira orang Cina, India dan lain-lain. Sebab saya adalah pemimpin Malaysia.

“Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia,” katanya melalui program anjuran Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), salah satu komponen PN.

8c5e82598b23d548a7e1981315bf7a04

Acara itu turut dihadiri pemimpin kanan PN seperti Presiden Gerakan Dominic Lau, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Pengerusi Bersekutu parti Bersatu Dr Chong Fat Full, selain wakil-wakil NGO dan bekas tokoh daripada serta parti politik lain.

pada tahun 2010 pernah mengungkap kenyataan kontroversi dirinya “Melayu terlebih dahulu”.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua?

“Semua orang Melayu akan bidas saya…dan ini tak betul,” katanya ketika menjawat jawatan timbalan perdana menteri dalam .

Dia berkata pendirian tersebut sebagai maklum balas terhadap cabaran veteran DAP, Lim Kit Siang yang menyoal komitmen terhadap gagasan 1Malaysia.

Lim mendakwa bercanggah dengan semangat inklusif yang dicanangkan oleh ketika itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika berucap pada hari ini berkata dia terkejut dengan pandangan segelintir rakan-rakan daripada masyarakat India yang menyatakan komuniti tersebut kini tiada pemimpin tunggal yang mewakili mereka secara menyeluruh.

“Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan kawan-kawan saya yang kebetulan adalah ramai adalah orang India Malaysia. Mereka ini adalah masyarakat India yang berjaya.

“Saya tanya pada mereka apa terjadi kepada komuniti India, siapa pemimpin mereka?

“Mereka jawab tiada seorang pemimpin India pada masa ini, yang mewakili mereka, bagi saya ia sangat mengejutkan. Ini adalah sesuatu luar biasa,” katanya.



Source link