Malaysia Oversight

Saya lebih minat Dr Samsuri terajui PN

By MkiniBM in January 25, 2026 – Reading time 2 minute
Saya lebih minat Dr Samsuri terajui PN


dilihat perlu lebih persediaan sekiranya mahu seorang ulama memimpin negara khususnya sebagai seorang perdana menteri.

Perkara itu diutarakan Ketua Dewan Ulama Perlis, Ahmad Adnan Fadzil yang turut menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN.

“Saya secara peribadi lebih berminat dengan Dr Samsuri untuk menerajui PN (mudah-mudahan PM pertama dari PAS).

“Kerana imejnya lebih sederhana, moderat dan teknokrat, serta kurang isu, lebih meyakinkan rakyat.

“Ulama perlukan lebih persediaan untuk memimpin negara. Insya-Allah, masanya akan tiba,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Perbahasan mengenai kekosongan jawatan pengerusi PN itu masih menjadi tanda tanya selepas peletakan jawatan Yassin susulan krisis kepimpinan PN di Perlis yang menyaksikan berlaku perubahan menteri besarnya pada penghujung tahun lalu.

c023c81b9008f71a81741a8c17e071e3

Nama Ahmad Samsuri yang juga menteri besar Terengganu itu antara yang disebut-sebut sebagai calon berpotensi, namun sesetengah pendapat menggesa supaya pemimpin ulama yang diangkat ke posisi itu.

Terdahulu bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki, berkata parti itu tidak boleh tidak perlu memilih ketetapan itu sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan resolusi muktamar baru-baru ini.

Katanya, bakal pengerusi PN yang perlu dicalonkan bagi menggantikan ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, atau paling tidak timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

6ee46cca59bca607d7a362026b476789

Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad juga salah seorang pemimpin akar umbi yang mempertahankan betapa perlunya ia diisi oleh seorang ulama.

Malaysiakini hari ini melaporkan PAS mengemukakan tiga nama sebagai calon untuk menerajui PN.

Menurut sumber PAS, tiga tokoh yang dikemukakan ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahmad Samsuri dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Md Nor.

Bagaimanapun, sumber itu menjelaskan keputusan muktamad terletak di tangan PAS Pusat namun secara terbuka telah menolak untuk dicalonkan ke jawatan itu.

Semalam, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal menerajui PN bagi menggantikan .

Menurutnya, resolusi Muktamar PAS sebelum ini meluluskan usul supaya PAS memimpin PN.



Source link