Malaysia Oversight

Saya bukan pengkhianat kepada Muhyiddin, tegas Hamzah

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 1 minute
Saya bukan pengkhianat kepada Muhyiddin, tegas Hamzah


Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin menegaskan dia bukan pengkhianat kepada kepimpinan Presiden Bersatu, Yassin dalam parti itu.

Berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, Hamzah berkata dia adalah penyokong utama kepada dalam memimpin parti.

Hamzah menegaskan dia akan terus bersama dan Bersatu akan menjadi parti terakhirnya sampai mati.

“Saya nak sampaikan Tan Sri, percaya pada kami…kami di sini sayangkan Tan Sri, kami di sini sayangkan parti. Kalau nak pecatpun, parti mana lagi saya nak pergi, cukup ini parti terakhir saya.

“Percayalah, saya telah berkorban untuk parti ini, macam-macam saya telah lakukan…saya lakukan ini ikhlas. Saya lakukan untuk presiden kita. Jadi, janganlah hari ini anggap kita ini kumpulan pengkhianat.

“Saya nak maklumkan saya bukan pengkhianat, tapi saya seorang sahabat duduk di tepi presiden, ada kepada presiden, orang suruhan kepada presiden, tiada lebih daripada itu,” katanya ketika berucap.

[Berita penuh menyusul]



Source link