Malaysia Oversight

Sarawak peruntuk RM600j beri pendidikan tinggi percuma tahun depan

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 1 minute
Sarawak peruntuk RM600j beri pendidikan tinggi percuma tahun depan


Sarawak akan membelanjakan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar negeri itu yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Annuar Rapaee berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik negeri, membabitkan 64 kursus ditawarkan.

“Walaupun Premier Sarawak Abang Johari Openg tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak,” katanya.

Dia berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Sarawak di Sibu, yang disempurnakan oleh menterinya Fatimah Abdullah.

Empat institusi pengajian tinggi milik negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-Cats.

-Bernama



Source link