Malaysia Oversight

SanDisk Melancarkan Storan Dengan Kapasiti Sehingga 4TB Untuk Konsol PC Mudah-alih

By Amanz in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
SanDisk Melancarkan Storan Dengan Kapasiti Sehingga 4TB Untuk Konsol PC Mudah-alih


SanDisk Melancarkan Storan Dengan Kapasiti Sehingga 4TB Untuk Konsol PC Mudah-alih

October 2, 2025
Perkakasan

Nazrin

Konsol-konsol permainan PC mudah-alih terbaru dari ASUS, Lenovo dan MSI akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi, dan jika anda seorang yang gemar menyimpan permainan-permainan secara banyak, SanDisk, jenama pembuat storan flash terkemuka telah menjenamakan pilihan storan yang hadir dengan penjenamaan spesifik untuk konsol ASUS ROG Xbox Ally.

image 4

Storan-storan ini dinamakan WD_BLACK SN7100X dan SanDisk MicroSD Card for ASUS ROG Xbox Ally X yang hadir dengan kapasiti storan dan kadar penghantaran data yang tinggi untuk konsol tersebut.

WD_Black SN7100X secara ringkasnya ialah storan WD Black SN7100 yang sudahpun dilancarkan sebelum ini, dan hadir dengan pilihan storan sehingga 4TB dan hadir dengan rekaan bersaiz penuh M.2 2280, jadi pengguna tidak lagi perlu mencari saiz storan SSD bersaiz lebih kecil untuk dimuatkan didalam konsol tersebut.

image 5

Jika anda tidak mahu membuka konsol ROG Xbox Ally anda, SanDisk turut menawarkan kad MicroSD yang hadir dengan pilihan kapasiti 512GB sehingga 2TB untuk keperluan storan tambahan. Kad storan ini hanya hadir dengan teknologi penghantaran data UHS-II dan bukan microSD Express seperti yang digunakan pada konsol Nintendo Switch 2.

Kesemua storan ini dijangka akan dilancarkan kelak bersama-sama dengan pelancaran siri konsol ASUS ROG Xbox Ally yang akan dilancarkan pada hari esok, 3 Oktober 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link