Malaysia Oversight

Samsuri bertemu Muhyiddin atas mandat Hadi

By MkiniBM in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Samsuri bertemu Muhyiddin atas mandat Hadi


Sepulangnya dari United Kingdom semalam, Yassin disambut meriah oleh pimpinan dan penyokong partinya di lapangan terbang.

Ketika perbahasan mengenai siapa penggantinya sebagai pengerusi PN masih menjadi teka-teki, Presiden Bersatu itu menerima kunjungan dan mandat daripada , pagi ini.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman memuat naik sekeping gambar bersama Naib Presiden , Ahmad Samsuri Mokhtar dengan keterangan ringkas namun memberi gambaran menggembirakan.

“Alhamdulillah. Insya-Allah,” kata Syahir.

Terdahulu, PN dilihat bergolak susulan krisis pentadbiran di Perlis yang menyaksikan berlakunya pertukaran Menteri Besar, daripada pemimpin kepada Bersatu.

Ia disusuli dengan tindakan meletakan jawatan selaku pengerusi PN.

Ketika dihubungi, Syahir menjelaskan pertemuan Muhyiddin dan Samsuri hanyalah pertemuan santai, manakala mesyuarat PN akan menyusul dalam masa terdekat.

“Kita akan adakan mesyuarat penuh (PN) dalam masa terdekat. Hari ini casual meeting selepas Tan Sri Muhyiddin baru pulang dari UK.

“Dr Sam bertemu Tan Sri Muhyiddin atas mandat tok guru Presiden (Abdul Hadi Awang).

“Selebihnya kena baca apa di sebalik Alhamdulillah dan Insya-Allah,” katanya kepada Malaysiakini.



Source link