Malaysia Oversight

Samsung Perkenalkan ISOCELL HP5 – Sensor 200MP Dengan Prestasi Pencahayaan Rendah Dipertingkatkan

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Perkenalkan ISOCELL HP5 – Sensor 200MP Dengan Prestasi Pencahayaan Rendah Dipertingkatkan


Samsung Perkenalkan ISOCELL HP5 – Sensor 200MP Dengan Prestasi Pencahayaan Rendah Dipertingkatkan

October 8, 2025
Samsung

Amy Maizuraa

Samsung telah melancarkan sensor kamera terbaharu ISOCELL HP5 yang menawarkan resolusi 200MP untuk telefon pintar generasi baharu.

ISOCELL HP5 8

Dengan saiz 1/1.56 inci, ISOCELL HP5 merupakan sensor 200MP paling kompak yang pernah dihasilkan oleh Samsung. Reka bentuknya yang padat membolehkan pengeluar peranti mengekalkan prestasi kamera berprestasi tinggi tanpa memerlukan bonggol lensa yang besar.

ISOCELL HP5 6

Sensor ini menggunakan saiz piksel 0.5 micrometer iaitu lebih kecil berbanding model HP9 sebelumnya. Bagi mengatasi kekangan saiz tersebut, Samsung menggabungkan teknologi Dual Vertical Transfer Gate (DVTG) dan Front Deep Trench Isolation (FDTI) untuk meningkatkan penyerapan cahaya dan mengurangkan hingar sekali gus meningkatkan prestasi dalam keadaan pencahayaan rendah.

ISOCELL HP5 5

ISOCELL HP5 turut menyokong HDR berprestasi tinggi melalui Smart ISO Pro dan Staggered HDR yang mampu menghasilkan imej dengan julat dinamik semula jadi serta perincian tajam. Ia juga menawarkan zum digital sehingga 2x dan mampu mencapai 6x zum tanpa kehilangan kualiti apabila digabungkan dengan lensa telefoto optikal 3x.

ISOCELL HP5 7

Dari segi rakaman video, sensor ini menyokong resolusi sehingga 8K pada 30FPS dan 4K pada 120FPS, serta format RAW sehingga 14-bit. Dengan bantuan pemprosesan AI, ISOCELL HP5 mampu menjana imej penuh 200MP dalam masa kurang dua saat lantas menjadikannya sesuai untuk telefon pintar terkini.

ISOCELL HP5 1

Antara peranti yang dijangka menggunakan sensor ini termasuk Oppo Find X9 Pro yang bakal dilancarkan pada 16 Oktober 2025, Realme GT 8 Pro dan Vivo Y500 Pro. Menariknya, setakat ini belum ada petunjuk bahawa Samsung akan menggunakan ISOCELL HP5 dalam peranti keluarannya sendiri.

ISOCELL HP5

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link