Samsung Melancarkan Dua Speaker Sound Tower Baharu Untuk Berpesta
Effi Saharudin
Samsung melancarkan dua speaker untuk berpesta Sound Tower di IFA Berlin hari ini. Kedua-duanya mempunyai rekaan lebih dibulatkan mengingatkan kami kepada penawaran Sony dan JBL. Samsung Sound Tower ST50F dan Sound Tower ST40F kedua-duanya hadir dengan lampu LED yang berkelip mengikut irama lagu yang dimainkan.

Lampu diletakkan sekeliling subwoofer, tweeter, bingkai tubuh, tapak dan juga bahagian pemegang yang merangkap tempat meletakkan tablet serta telefon pintar. Kedua-duanya turut dilengkapi sepasang roda bagi memudahkan ia ditarik ke lokasi tapak pesta. Ciri tambahan menarik lain ialah in mod karaoke, input untuk gitar dan juga ciri DJ Booth.

Sound Tower ST50F mempunyai kuasa output 240W, bateri bertahan sehingga 18 jam, dua woofer 6.5″, dua tweeter 25mm, kalis air IPX4 dan juga tempat pemegang yang boleh diubah ketinggiannya. Sementara itu Sound Tower ST40F mempunyai kuasa output 160W, bateri bertahan sehingga 12 jam, dua woofer 5.25″, dua tweeter 2omm, kalis air IPX4 dan tempat pemegang. Harga jualan belum diumumkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.