Malaysia Oversight

Samsung Mahu Rumah Anda Menjadi Lebih Suci, Segar, Sihat, Selesa dan Santai Dengan AI

By Amanz in July 1, 2025 – Reading time 4 minute
Samsung Mahu Rumah Anda Menjadi Lebih Suci, Segar, Sihat, Selesa dan Santai Dengan AI


Samsung

Samsung Mahu Rumah Anda Menjadi Lebih Suci, Segar, Sihat, Selesa dan Santai Dengan AI

June 30, 2025

Effi Saharudin

Saya sudah berumur 46 tahun dan hobi saya kini bukan lagi mengembara ke luar negara, bermain permainan video atau pergi menonton filem terkini di bioskop. Hakikatnya ialah apabila hidup semakin senja, rumah bukan lagi tempat persinggahan tetapi adalah ruang istirahat yang terbaik untuk melepaskan lelah selepas 5 hari bekerja.

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025

Seminggu lalu saya dijemput untuk menghadiri acara Seminar Teknologi Samsung Asia Tenggara di Bangkok, saya diberikan sedikit perisa bagaimana kehidupan boleh menjadi lebih suci, santai, sihat, segara dan selesa dengan bantuan AI.

Kesemua ini dilakukan dengan menggunakan ekosistem kelengkapan rumah terkini mereka dalam bentuk peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering, pembersih hampagas, robot pembersih hampagas dan penyaman udara.

Samsung Suci

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 Robot hampagas

Tugas utama yang saya sering lakukan di hujung minggu sebagai seorang suami moden yang bertanggungjawab ialah membantu isteri membasuh baju dan membersihkan lantai. Ini bukalah kerana saya seorang terpaling feminis dan keadilan tetapi kerana ini adalah dua tugas yang paling mudah boleh dilakukan serta membolehkan saya menggerakkan sedikit tulang empat kerat di hujung minggu.

Di seminar fungsi kecerdasan buatan (AI) Samsung Bespoke AI Jet Ultra memastikan isu terlepas panggilan telefon atau notifikasi penting daripada telefon tidak akan berulang. Penyedut hampagas ini akan berhenti secara automatik apabila telefon Galaxy yang dimiliki pengguna berdering. Kawasan kotor dalam rumah boleh disucikan dengan mudah tanpa perlu risau panggilan telefon penting tidak diangkat semasa melakukannya.

Samsung Santai

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 Robot hampagas C

Seterusnya jika anda tidak cukup rajin untuk membersihkan sendiri lantai rumah, robot penyedut hampagas Samsung boleh melakukannya untuk anda. Teknologi AI dipadakan dengan lidar dan kamera untuk mengenalpasti kotoran di atas lantai. Oleh itu isu kabel terselit atau tersedut kotoran yang tidak sepatutnya tidak berlaku.

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 Robot hampagas B

Saya mempunyai dua ekor “anak berbulu” di rumah. Kedua-dua kucing yang dibeli adalah sangat comel tetapi mempunyai tabiat memuntahkan makanan atau bebola bulu. Robot terkini Samsung cukup pintar untuk tidak menyedut kotoran ini dan sebaliknya menggunakan mod mop lantai yang terbina. Malang sekali robot yang diperlihatkan kepada saya ini belum lagi dijual kerana ia menyelesaikan masalah universal semua pemilik kucing (dan anjing) global sejak manusia mula membela mereka ribuan tahun yang lalu.

Samsung Sihat

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 Mesin Basuh

Pada mesin basuh Bespoke AI Top Load Washer dan set Bespoke AI Washer and Dryer juga sempat saya gunakan. Dua model mesin basuh serta pengering ini cukup bijak mengenal pasti apakah sukatan air serta cecair cucian yang perlu digunakan. Ini adalah ciri yang saya lihat pada Samsung Bespoke AI Laundry Combo tahun lalu cuma dapat pakej yang lebih mampu milik. Tidak seperti robot di atas, kesemua produk mesin basuh yang diperlihatkan sudahpun ditawarkan di Malaysia.

Samsung Segar

Samsung Bespoke AI Side by Side Refrigerator

Kesegaran barangan untuk dimasak juga boleh dikekalkan dengan lebih baik menerusi beberapa model peti sejuk yang diperkasakan dengan Bespoke AI. Menerusi Bespoke AI, mesin sejuk dapat diakses menerusi SmatThings membolehkan ia dipantau dan dikawal secara setempat. Peti sejuk Samsung Bespoke AI Side-by-Side Refrigerator pula hadir dengan skrin 9″ terbina pada pintu. Menerusi skrin ini menjawab panggilan telefon, memantau kamera pintar rumah dan mengawal penstriman muzik dapat dilakukan menggunakan peti sejuk.

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 B

Ciri paling unik ialah peti sejuk boleh dibuka dengan hanya menyentuh sensor di permukaan pintu atau menerusi arahan suara Bixby. Penggunaan tenaga elektrik juga dapat dikurangkan sehingga 10% menggunakan ciri AI Energy Mode. 

Samsung Selesa

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 Aircond

Akhir sekali selepas penat membersihkan lantai, membasuh baju yang dipakai dan memasak makanan yang sihat untuk tubuh, kini tiba masa untuk berehat dengan selesa Kalau di rumah saya habiskan dengan menstrim video di TV atau cuba mempunyai sesi permainan video selama beberapa jam. Peluh di tubuh dapat dikeringkan dan kadang kala saya terlelap di atas sofa/katil semasa menonton TV.

Samsung Tech Summit South East Asia Bangkok 2025 Aircond Power

Menerusi sistem AI Samsung, mesin penyaman udara kini akan ditetapkan ke mod Good Sleep jika menyedari pengguna terlelap menerusi bacaan biometri Galaxy Watch dan Galaxy Ring. Anda kini boleh berehat dengan selesa tanpa terkejut bil elektrik tinggi kerana peranti terpasang terlalu lama.

Alang-alang kita menyentuh topik elektrik, kesemua penggunaan elektrik peranti yang saya sentuh dalam artikel ini berhubung kepada sistem SmartThings. Penggunaan elektrik setiap peralatan boleh dipantau dan dikawal terus dari dalam aplikasi SmartThings secara masa nyata.

Jadi apa yang saya pelajari daripada seminar Samsung di Bangkok ini? Kita sudahpun hidup di dunia masa hadapan seperti diramalkan 40 tahun yang lalu. Semua peranti berhubung antara satu sama lain dengan ciri pintar yang dahulunya sekadar sains fiksyen.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link