Samsung Lancarkan TV Micro RGB 130 Inci Pertama Dunia
Effi Saharudin
Sempena CES 2026 di Las Vegas, Samsung pagi ini melancarkan TV Micro RGB sebesar 130 inci pertama di dunia. TV Samsung R95H direka untuk kelihatan tergantung dalam bingkai Timeless Frame dengan sistem audio juga terbina dalam bingkai yang sama. Bingkai ini boleh menjadi tongkat untuk mendirikan TV atau dilipat untuk disandarkan pada permukaan dinding.

Teknologi Micro RGB membolehkan paparan warna yang lebih tepat dengan sokongan 100% BT.2020. Selain itu sistem Micro RGB AI Engine Pro, Micro RGB Color Booster Pro dan Micro RGB HDR Pro disertakan untuk memberikan pengalaman visual yang terbaik. Panel menyokong sistem HDR10+ ADVANCED dan juga Eclipsa Audio. Lapisan Glare Free pula memastikan skrin tidak akan terganggu dengan masalah silau.
Ciri Vision AI Companion pula membolehkan mod AI Football Mode Pro, AI Sound Controller Pro, Live Translate, Generative Wallpaper, Microsoft Copilot dan Perplexity diakses dengan menggunakan arahan suara. Sehingga 7 bahasa disokong pada waktu ini iaitu Inggeris, Perancis, Sepanyol, Portugis, Jerman, Itali dan Korea.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






