Malaysia Oversight

Samsung Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Pengguna Windows Dalam Bentuk Beta

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Pengguna Windows Dalam Bentuk Beta


Samsung Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Pengguna Windows Dalam Bentuk Beta

October 30, 2025
Perisian
Samsung

Aman

Nampaknya perang pelayar web terus meriah, apabila kini Samsung akhirnya turut menawarkan pelayar web mereka untuk pengguna PC. Pelayar web Samsung Internet sebelum ini ditawarkan untuk telefon pintar dan tablet sahaja, dan kini ia turut diperluaskan dalam bentuk beta untuk pengguna komputer Windows 11 dan Windows 10.

Samsung Pelayar Web

Samsung buat masa ini menawarkan versi beta untuk pelayar web berkenaan bagi pengguna Korea Selatan dan Amerika Syarikat sahaja.

Pelayar web ini hadir dengan sokongan selarikan pelayaran dan penanda web ke Samsung Cloud, integrasi Samsung Pass untuk menyimpan kata laluan, dan sokongan untuk sambung pelayaran dari peranti menggunakan Samsung Internet terus ke PC.

Samsung Internet PC

Samsung turut menyertakan ciri kecerdasan buatan seperti Browsing Assist, membolehkan pengguna merumuskan laman web, selain turut melakukan terjemahan dengan mudah. Samsung turut memfokuskan privasi dengan menghalang penjejak yang cuba mengumpulkan maklumat pelayaran web pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah penawaran global akan tersedia untuk Samsung Internet. Bagi anda yang berada di Korea Selatan atau Amerika Syarikat, boleh memuat-turun pelayar web Samsung Internet dalam bentuk Beta hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link