Samsung Galaxy Z Fold7 – Pemangkin Produktiviti Di Hujung Jari
Penulis Tamu
Ramai bertanya kepada saya “apakah fungsi sebenar peranti lipat?” kerana kombinasi rekaan luar kotak dan harga jualan premium membuatkan ramai berfikir dua kali untuk membelinya berbanding telefon candybar biasa. Jawapan saya mudah. Sekiranya ada seorang yang mementingkan produktiviti pada sebuah peranti, Z Fold7 boleh menawarkannya di hujung jari.
Peranti Multi-Tugas Sebenar

Memang semua peranti Android mempunyai ciri Multi Window dengan ciri ini sebenarnya dipelopori oleh Galaxy Note empat belas tahun yang lalu. Pada Galaxy Z Fold7, skrin dalam boleh lipat sebesar 8″ memberikan ruang lebih besar untuk sistem ini digunakan dengan lebih selesa.
Sehingga tiga aplikasi boleh dilancarkan secara serentak sekiranya diperlukan. Saiz setiap tingkap boleh diubah mengikut keperluan bersama juga dengan menyimpan kombinasi dua atau tiga aplikasi yang ingin dilancarkan bersama setiap masa.
Taskbar

Sebuah lagi kelebihan Galaxy Z Fold7 ialah ciri taskbar yang sentiasa di bahagian bawah skrin apabila aplikasi dibuka. Sehingga 7 pintasan untuk aplikasi yang kerap digunakan boleh diletakkan di taskbar untuk akses pantas tanpa perlu membuka talam aplikasi.
Sehingga empat aplikasi yang sudah dibuka juga akan dipaparkan di dalam taskbar sekali lagi memudahkan proses pertukaran antara aplikasi tanpa perlu terlebih dahulu menekan skrin multi-tugas.
Galaxy AI – Pembantu Peribadi AI

Integrasi ciri AI pada peranti moden ini adalah dianggap perlu dan sejak dua tahun lalu Galaxy AI menawarkan pelbagai ciri yang memudahkan tugasan harian. Bangun awal pagi dan tekan sahaja widget Now Brief untuk melihat agenda harian. Anda tidak lagi akan ketinggalan mesyuarat atau agenda penting. Ia juga boleh memberikan ramalan cuaca dan anda boleh merancang memakai busana yang lebih selesa. Jika kesesakan lalu lintas dikesan, ia akan dipaparkan dalam Now Brief dan anda boleh merancang perjalanan dengan lebih bijak.
Tidak berakhir di situ, Gemini Live boleh diseru dengan menekan butang kuasa. Menerusi Gemini Live anda boleh memintas ia menyarankan baju yang serasi dengan acara selepas melihat kandungan almari di rumah. Apabila di luar negara, papan tanda dan menu bahasa asing dialih bahasa sepantas kilat. Produktiviti meningkat kerana Galaxy AI menjadi khadam peribadi yang sentiasa menanti di hujung jari.
Komputer Riba Mini

Dengan skrin dalaman yang besar, Galaxy Z Fold7 turut boleh diubah menjadi sebuah komputer riba mini. Lipat peranti menjadi bentuk “L” untuk mengaktifkan Flex Mode dan bahagian atas akan memaparkan kandungan sementara bahagian bawah akan memaparkan papan kekunci penuh. Taip apa yang ingin dikarang dengan selesa.
Jika anda mahu menaip dengan skrin lebih besar? Tiada masalah kerana dalam mod skrin lipat dibuka sepenuhnya, papan kekunci boleh digunakan dalam split mode membolehkan anda menaip dengan selesa tanpa papan kekunci menutup sepenuhnya bahagian bawah skrin.
Samsung DeX Baharu

Samsung DeX juga diberikan nafas baharu menerusi Galaxy Z Fold7 dibantu oleh sistem operasi terkini Android 16. Dalam mod ini sebuah monitor, TV atau skrin pintar boleh dijadikan skrin utama. Dengan papan kekunci dan tetikus, Galaxy Z Fold7 kini berubah sebuah desktop pula dengan antaramuka baharu seakan Chromebook.
Sudah ada ekosistem Samsung di rumah dan pejabat? Samsung DeX boleh digunakan pada peranti Tizen OS secara nirwayar tanpa perlu membawa penyesuai atau kabel HDMI tambahan. Dalam apa juga konfigurasi dan situasi, Galaxy Z Fold7 memastikan tugasan dapat disiapkan. Peranti lipat nipis dan kompak ini ialah pemangkin produktiviti di hujung jari.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






