Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 Akan Menggunakan One UI 8 Berasaskan Android 16
May 29, 2025
•
Effi Saharudin
Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 akan dilancarkan sekitar bulan Julai depan dan ia besar kemungkinan akan menggunakan One UI 8 yang berasaskan Android 16. Dengan Android 16 disahkan akan dilancarkan pada bulan Jun ini, adalah tidak munasabah untuk masih menggunakan Android 15.

Kebarangkalian dua peranti skrin boleh dilipat ini menggunakan One UI 8 semakin tinggi selepas Samsung melancarkan One UI 8 Beta untuk siri Galaxy S25 semalam. Malahan tahun ini Google memulakan pembangunan Android 16 jauh lebih awal sejak November 2024. Dengan peranti dilancarkan dengan versi Android terkini, sokongan kemas kini 7+7 tahun yang diberikan Samsung adalah lebih berbaloi.
Android 16 akan membawakan rekaan antaramuka baharu menerusi Google Material 3 Expressive yang lebih ceria, ekspresif dan mudah digunakan. Ia bukan sahaja digunakan pada telefon pintar, tetapi juga pada Wear OS 6.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.